Kursus Memanjat Dan Menuruni Bangunan Tinggi Bersama JPAM

SALAM semua para ahli sekalian, sori sebab lambat update program yang berlangsung sepanjang kepimpinan 2012/2013.  Ini di sebabkan beberapa sebab menyebabkan ter delay nak update...  Hahahah...Tujuan blog ni di wujudkan adalah untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung.  Tujuannya untuk menarik lebih ramai ahli untuk aktif menyokong kelab.  Nasihat penasihat atau penaung, jadikan kelab ni sebagai satu family a.k.a keluarga yang besar.  Sememangnya kelab ni sebuah family yang besar.  Ramai ahlinya yang sentiasa update dengan kelab..  Motif kelab, sopan santun, tiada dikriminasi, tiada sombong dan just hepi together.  
Okaylah, masuk balik sal program ni.  Program ni di buat untuk melatih para ahli untuk merasai atau menimba pengalaman memanjat dan menuruni bangunan tinggi.  Ramai feedback yang kitaorang dapat yang ahli kebanyakkannya tidak pernah merasai sendiri pengalaman memanjat dan menuruni banggunan tinggi.  Ada yang pernah dan ada yang tak pernah langsung menjalani aktiviti seperti ini.  Yang pernah ker, yang tak pernah ker sama jer bila duk kat atas sana, semuanya pucat muka.  Ada yang menangis lagi.  Hahahah...Memang terbaiklah!!!...  Yang menangis tu jangan marah yea..hahahah..rahsia tetap rahsia..hahahaha...
Program ni dibuat bersama JPAM kuantan.  Ni sebab di kampus kitaorang kurang tenaga mahir untuk memantau aktiviti ni.  Sebenarnya aktiviti ni tak bahaya sebab banyak langkah keselamatan yang diambil.  Tapi bahayanya tetap ada sekiranya tak ikut prosedur yang betul dan kurang pengalaman.  Diprogram ni kitaorangg buat bertujuan mendedahkan para ahli pada cara ikatan tali dengan betul bagi memastikan aktiviti memanjat dan menuruni bangunan tinggi selamat dijalankan.  Antara displin yang kami pelajari di program berkenaan ialah, asas ikatan tali, jenis tali, alatan menanjat, prosedur dan langkah keselamatan, langkah pencegahan, dan cara memanjat dan menuruni bangunan dengan betul dan selamat.  Ni adalah gambar-gambar program ni.  Terima kasih kat abg2 JPAM, Kak2 JPAM yang manis kerana melayan kerenah kamii semua...























Ni adalah gambar aktiviti berkenaan..Gambar ni adalah ragam setiap ahli dalam program ni..Walaupun panas, tapi kitaorang tetap senyum bab kata salah seorang peserta..hahahha..okaylah..nanti bersambung lagi untuk gambar-gambar program lain nanti..chaow..wassalam..



Comments

Popular Posts