1st members-MT gathering (panorama hill)

Salam semua group member extreme ump 2012/2013. Bertemu kembali setelah lama menyepi. Pada 8 hari bulan disember 2012 kami semua telah berkumpul di bukit panorama untuk sama2 mendaki bukit panorama dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha Esa. Tujuan perhimpunan ni adalah untuk beberapa objektif yang penting, pertama kami ingin merapatkan ahli dengan barisan pentadbiran yang baru iaitu barisan MT (majlis tertinggi), kelab extreme. Objektif kedua ialah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta bahawa kelab ini adalah satu kelab yang menjalankan aktiviti yang mencabar daya tahan badan, walaupun ianya hanya bukit tetapi ianya sesuai untuk sebagai pemulaan.
                Objektif ketiga adalah untuk menikmati ciptaan alam sekitar ciptaan tuhan yang indah,dan belajar menghayati keindahan alam sekitar dan belajar menghargainya. Disini dapat saya katakan bahawa objektif berjaya dicapai selain kegembiraan dan keseronokkan yang dapat dirasa oleh peserta dan barisan MT. Tujuan sebenar telah dicapai dengan berkat dari ALLAH SWT yang memberi cuaca elok dan memelihara kami semua dari kecederaan dan sebagainya. Ucapan syukur kepada ALLAH SWT.
                Disitu kami telah cuba mewujudkan suasana dimana kami semua sama,tidak kira MT atau ahli,agama,bangsa dan fahaman masing2.Kami bersatu untuk sama2 menjalankan aktiviti. Walau ada yang cedera dikalangan kami tapi ianya bukan kecederaan yang besar dan serius tetapi kecederaan kecil dan hanya melibatkan bilangan yang sangat kecil. Alhamdulillah.
                Hampir keseluruhan perjalan program berjalan dengan lancar,aman,meriah. Kami seramai 80 orang termasuk MT bersama menjalankan aktiviti bersama. Dengan cuaca elok kami semua dapat berseronok. Maaf dipohon kepada peserta dari pekan kerana terpaksa menunggu 2 jam untuk dapatkan bas untuk pulang. Ini bukan yang dirancang,sebenarnya bas yang datang 2 biji itu adalah bas untuk kita iaitu bas ke pekan 1 dan bas ke gambang 1. Tapi disebabkan budak lektrik telah tersalah mengambil bas kita menyebabkan pemandu bas terpaksa bgi option kt kita semua bahawa dia akan hantar budak gambang then patah balik untuk ambil budak pekan pula. Ini disebabkan jarak sg selbing ke gambang lebih dekat berbanding jarak pekan ke sg lembing. Dengan itulah peserta pekan terpaksa menunggu. Maaf dipohon kepada semua peserta pekan. Insyaallah next kami akan pastikan masalah ini tidak berulang.
                Makan,minum dan keperluan peserta itu dapat dijaga dengan baik.Alhamdulillah. Ini adalah beberapa keping gambar dan video semasa naik,turun dan semasa membuat aktiviti semua. So thanks semua..


































              Ni adalah sebahagian gambar2 yang dirakam sepanjang aktiviti yang berlansung. Ni pula video cheer dari kumpulan yang sempat dirakam,memang diaorang sempoi ng sporting habis le..huhuhu... Kumpulan ni adalah antara yang sempoi... Saksikan yer...


ni adalah cheer dari other group...huhuhu..


Hhuhu...amacam?sempoi x?sebenarnya bnyk lagi yang dirakam sepanjang aktiviti ni,tapi hanya sepruh saja yang dapat diupload. Cz internet laju sangat tu yang sebahagian sahaja dapat diuploads...huhu..enjoy.thanks cz bagi komitmen yang tinggi..thanks to all members and MT semua cz kerja keras..thanks..

Comments

Popular Posts