Let's Get Sweat : Kerjasama Extreme Club & Mechapro

                         Salam diucapkan kepada semua yang membaca,ni adalah program yang kedua dianjurkan oleh kelab extreme ump dengan kerjasama dengan kelab mechapro iaitu kelab mekanikal. Ianya program yang julung kali diadakan dengan kerjasama mechapro. Ini jua akan membuka lembaran baru bagi kelab ini untuk melangkah kedepan lagi dengan lebih banyak program yang akan di adakan bersama dengan kelab yang berdaftar yang lain. Sebenarnya program ini adalah langkah awal bagi kelab untuk mengkaji kebaikan untuk bergabung dengan kelab lain bagi menjalankan aktiviti yang sama. Sekiranya ianya mendatangkan kesan positif maka akan ada lebih banyak program yang akan dianjurkan bersama.

                         Disini saya ingin memberi info2 bagi program 'let's get sweat'. Program ini akan berlangsung pada 15 disember 2012 bertempat di tasik Ump kampus Pekan. Penyertaannya pula adalah khusus untuk pelajar Pekan sahaja memandangkan pihak kelab extreme dan mechapro tidak menyediakan kenderaan iaitu bas untuk peserta dari Ump kampus Gambang. Tetapi sekiranya pelajar Ump Gambang boleh ke kampus Pekan dengan sendirinya untuk menyertai program ini,pihak extreme dan mechapro amat mengalu2 kan kedatangan anda.
                        Kenapa tidak dibuka peryertaan untuk kampus Gambang juga? Soalan ini yang banyak diterima oleh pihak kami dan tujuan kami tidak membuka penyertaan untuk pelajar Gambang kerana bilangan peserta kali ini kami hanya hadkan kepada 60 orang dimana 30 lelaki dan 30 perempuan. Sekiranya kami membuka penyertaan untuk pelajar Gambang,kami perlu menambahkan bilangan peserta. Lagi satu ialah program ini hanya program kecil sahaja untuk gabungan 2 kelab. Insyaallah akan ada xpdc kayak yang akan dibuat pada semesta yang akan datang. Apabila program ini terlaksana maka kami akan membuka penyertaan kepada pelajar kampus gambang dan pekan.
                       Ingin sekali lagi saya memohon maaf kepada ahli yang berada di gambang kerana tidak dapat menyertai program ini. Insyaallah kami akan merangka program yang seperti ini dan di buka untuk kesemua pelajar. Program ini melibatkan ahli seramai 60 orang,30 orang AJK kedua2 kelab,10 orang bomba,4 orang pengawal keselamatan pekan, dan seorang tenaga pengajar yang bertauliah dan merangkap kepada jurulatih kepada pasukan kayak UTM. Program ini memberi pendedahan awal kepada asas berkayak dan cara pengendalian kayak dengan cara yang betul. Program ini jua bertujuan untuk memantapkan stamina dan rasa takut kepada air dapat diatasi oleh para peserta. Program ini jua bertujuan mendidik pelajar semangat berpasukan dan semangat kesukan bagi memenangi pertandingan merupakan pertandingan perlumbaan antara kayak2 yang mengambil bahagian. Pasukan Bomba dipanggil untuk mengawasi setiap perjalan pelajar semasa berkayak,dan dengan itu insyaallah keselamatan terjamin disampnig kita telah menjemput tenaga mahir dalam bidang kayak ini.
                     Dengan itu saya akhiri dengan ucapan terima kasih kepada peserta dan kepada yang tidak dapat menyertainya diharapkan bersabar kerana Dengan kami akan mengadakan lebih banyak lagi aktiviti2 yang mencabar dan seronok. Selamat maju jaya,sihat badan,cergas badan cerdas lah minda..thanks...hhuhuhuhu

Comments

Popular Posts