SENARAI AKTIVITI 2013

Salam semua para ahli kelab,di sini admin ingin update sikit pasal aktiviti yang akan berlangsung di sem 2 2012/2013 ni.  Disini para Majlis Tertinggi (MT) bersama Penasihat En Amir Aziz berhempas pulas merancang dan merencana aktiviti2 yang akan dibuat untuk ahli kelab.  Objektif kelab ialah melaksanakan aktiviti sukan lasak yang mencabar kemampuan diri.  Disini ada beberapa aktiviti yang telah siap di present kepada JHEPA UMP (JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG) dan telah mendapat kelulusan pihak berkenaan.  Ni adalah senarai aktiviti,tarikh dan tempoh perjalanan aktiviti tersebut;


  1. Latihan memanjat dan menuruni bangunan tinggi bersama JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)- 30 march 2013-0800 hingga 1500- Program ini adalah asas untuk ahli dan MT berlatih memanjat dan menuruni bangunan tinggi menggunakan tali.  Disini kita akan dilatih oleh pegawai JPAM untuk mengendali dan menggunakan teknik yang betul untuk menuruni dan memanjat bangunan tinggi.  Latihan ini adalah penting kerana ianya adalah sebagai persiapan awal para peserta dan MT untuk menjalani aktiviti hadapan yang lain kerana aktiviti kemudiannya akan melibatkan penggunaan tali.
  2. Survivor Days di Taman Negeri Endau Rompin- 6 hingga 8 april 2013- 3 hari 2 malam - berkhemah,berakit,memanjat,night walk,iktiar hidup,kembara menjelajahi hutan dan lain2-Program ini adalah untuk mengajar ahli dan MT supaya lebih tabah dan dekat kepada alam sekitar.  Disini kita akan dijaga atau dipantau oleh renjer hutan yang disediakan disana.  Program ini bertujuan supaya kita lebih menghargai hutan dan alam sekitar dan belajar untuk berinteraksi dengan alam sekitar.
  3. Xpdc ke Gunung Dato dan Angsi (negeri sembilan)-19 hingga 21 april 2013- 3 hari 2 malam- Program ni adalah program memanjat,mendaki,menuruni 2 buah gunung dalam masa 3 hari 2 malam,iaitu gunung dato dan gunung angsi.  Feedback yg admin dapat dari pengarah program ialah gunung ni tidak lah terlalu extreme tapi ianya tidaklah terlalu mudah, kerana ia melibatkan penggunaan tali untuk memanjat gunung ni.. Tu per yang di briefkan kt admin ler..heheh... By the way maybe program ni akan melihatkan kemampuan diri terhadap cabaran alam dan daya tahan fizikal dan mental.
Jumlah bayaran iaitu yuran penyertaan belum ditetapkan kelab kerana kelab menunggu peruntukkan dari pihak JHEPA dan sekiranya kami mendapat jumlah peruntukkan daripada JHEPA maka kami akan mengira jumlah yang akan ditanggung dan insyaallah sekiranya tinggi peruntukkan dari JHEPA maka rendah ler bayaran yuran yang akan ditanggung peserta dan MT sekalian...  Pihak kelab berusaha sebaik mungkin bagi memberi yang terbaik kepada ahli kelab ini.  Admin harap nnti tidak timbul masalah rungutan dari peserta tentang bayaran yuran kelab kerana para MT sekalian pun tidak dikecualikan membayarnya jua.  Motif kami ialah sama adil dan kita beraktiviti bersama disamping kita bergembira melepaskan tekanan belajar dengan membuat aktiviti yang positif...

Disamping tu admin ingin memberitahu jua yang kelab ni menjual baju kelab untuk para peserta dan MT kelab.  Tujuan kelab ingin melihat keseragaman peserta dan MT dan selain menyokong kelab.  Ni adalah design baju2 untuk kelab;


Design hadapan:




Design belakang;




Harga baju ni bergantung kepada jumlah tempahan yang kami terima,kami target 50 helai.  Deposit baju ni hanya rm 20 sahaja.  Ni adalah untuk membayar deposit kepada pekedai yang terima tempahan ni.  Harga sebenar akan ditetapkan bila mendapat tempahan yang mencukupi.  So admin berharap supaya peserta menyokong kami dan membeli baju ni untuk membuatkan harga baju ni akan lowest nnti.  Ni adalah untuk kepentingan para peserta jua.  Dimasa hadapan nanti kami mengharapkan akan melihat peserta memakai baju ni di program yang akan datang dan ianya akan melihat kan  kita sebagai ahli kelab berdaftar di bawah UMP.  We should proud dengan kelab dan universiti kita kerana ianya adalah identiti kita sendiri..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 014-7236362 nik irfan untuk pertanyaan dan tempahan..  Kualiti baju amat memuaskan dan selesa dipakai..  So admin berharaplah peserta dapat menyokong kelab untuk kelab ni nampak keseragaman dia...Thanks.. Pe2 hal admin akan update..  Leave a comment untuk sebarang apapn nk tanya,...k..Salam..

Comments

Popular Posts