HIKING YONG YAP, CAMERON HIGHLANDS

Mendaki memerlukan persediaan yg cukup dari segi mental dan fizikal. Sbelom ni aq prnah je mndaki, tapi xde la tggi sgt..tapi yang hiking ke gnung yong yap ni sgt mncabar bgi aq sbb dye mmakan masa selama 2 hari utk sampai ke pncak..sape yg xrsa mncabar,g7 kott n mmpunyai ketinggian 7110 kaki dari paras laut dan ia adalah bersempadan dengan negeri Perak/kelantan..hanya yg mmpunyai mental yg kuat je boleh smpai ke puncak....

Hari pertama :

sbelom pndakian,kami dberi briefing oleh guider2 dan persiapan mknan yg perlu dbawa utk prjalanan spnjg 2,3 hari kat ats gnung sna..kami menaiki 4wd untuk ke starting point di perkampungan orang asli..apabila 4wd dah mula masuk off road,terasa makanan breakfast pagi tadi mau terkeluar dari dalam perut..ini adlah prtama kali dlam hidup mnaiki 4wd dgn jlan yg sangat curam dan mncabar..mna taknye,rasa macam nak jatuh je naik benda alah tu..yang paling respect driver yang bawak 4wd sbb macam2 skill dye drive…apabila smpai di prkampungan orang asli, perasaan lega trpancar dwajah smua org..baru ‘mukaddimah’ org kata,belum lgi azab di dalam gunung tu..sebelum perjalanan pendakian diteruskan,pemanas badan dan sedikit regangan dilakukan bagi mengelakkan ‘shock’ pada badan..lepas beberapa jam layan trek balak dengan beg yang macam menara komtar sorang2 yang lebih kurang 5kg,excited layan cross air sungai sampai kaki kembang..treking untuk hari pertama hanyala sampai kem agas..sampai di kem agas, perasaan xsabar utk mndi sungai trpancar diwajah sorang2..sebelum bergembira, kami dikehendaki memasang khemah dahulu sebagai persiapan menjelang waktu malam.selepas mandi dan solat, setiap orang berada di dlm kumpulan masing2 untuk memasak makan malam..habis makan,sesetengah daripada kami tidur awl untuk merehatkan badan2 yg lenguh dan ad juga yang melepak2 menceritakan pengalaman masing2..





naik 4wd ke perkampungan org asli..

Perkampungan org asli

perjalanan ke kem agas
Merentasi sungai jd prkara biasa hiking ..


berehat jap ..

arus yg kuat .. tp smgt kami lbih kuat
jmpe bnde ni dlm prjalanan
perjalanan jauh kne bnyk brehat .. huhu
pengiring kami yg kuat .. mr lee ..
dah sampai kem Agas.. brehat lu ..

nak dinner ni .. masak ape yg ade je ..
time ni mknn tin la yg pling sedap.. haha.. berehat utk esoknya


Hari kedua :
Kami meneruskan perjalanan pada pukul 7.30 pagi..perjalanan di guide oleh pak kassim yang berada di depan..walaupun sgt berumur,tapi pak kassim sgt gagah apabila dilihat dengan mata kasar..abg am mncadangkan supaya kami bermalam di kem agas untuk malam kedua…oleh itu,pendakian ke pncak dapat meringankan bahu kami kerana beg yang macam menara komtar tu ditinggalkan di kem agas..perjalanan ke puncak lgi mencabar berbanding semalam kerana jalannya yang agak curam dan basah..untuk sampai ke sana juga perlu cross lebih kurang 15 batang anak sungai..sesetengah peserta kelihatan agak mental dan ad juga yang terkoyak seluar dalam perjalanan tapi,perasaan yang membuak2 nak sampai ke puncak mempengaruhi fikiran masing2..yang paling penting terdapat pemandangan yg cantik dalam perjalanan tersebut..bergambar dan selfie perlu untuk situasi ini kerana by picture. its creates our memory/moment to show it in the future.
alhamdulillah,semua peserta Berjaya sampai ke puncak walaupun terdapat yang injured. Niat berada di puncak untuk melihat pemandangan tetapi keadaan yang tidak mengizinkan kerana terhalang dengan kabus..kami bergambar beramai2 untuk menandakan gunung yong yap telah ditawan oleh kami..tepat pukul 2 petang, perjalanan turun semula ke kem agas..pejalanan agk laju kerana biasala apabila jalan menuruni, kaki tidak akan rasa berhenti berjalan..kami sampai di kem agas kembali pada pukul 6 stengah petang dan melakukan persiapan diri dan makan malam..kami semua terpaksa tidur awal di dalam khemah kerana malam tu hujan dan tidak ada tempat melepak..


kawasan yg lembab..

penuh dgn curam kot jln .. dh la sejuk.. huhu

muka puas hati dah smpai puncak
pling pntig bukti tawan gunung.. huhu.. nice view

nak masak maggi ni.. lunch atas puncak .. bru rare

dah lapar sgt.. penat.. yg pnting isi prut dlu.. 

air dh sejuk n bnyk hbis.. so mkn nasi yg dh bngkus je .. haha



pmandangan di puncak yong yap..


kami UMP extreme club dah sampai n tawan G7, Yong Yap


Hari ketiga:
kami bangun awal untuk mengemas khemah dan barang masing2..sebelum perjalanan turun, kami bergambar beramai2 untuk dijadikan kenangan..perjalanan turun agak laju kerana masing2 berlumba2 untuk sampai dahulu di bwah,,jalan juga bnyak yg brlumpur dan basah disebabkan hujan semalam mmberi amaran kepada peserta supaya berhati2..


Ready utk turun .. thanks kem agas..

semangat nak balik.. huhu..

brehat buat maggi .. motif nak kurangkan berat dlm beg.. ahha

nak amik segar lah ni .. 

lunch kat wter point.. kmpul tenaga bnyk2 ni..

akhirnya sampai.. ready nak balikk ump..

Kami ump berjaya tawan Yong yap !!

Alhamdulillah,semua sampai dengan selamat dan perasaan yang amat gembira terserlah di muka sorang2..percaya atau tidak,kami da tawan gunung yong yap, g7.. next destination??tggu...

Comments

  1. baru nak pie mggu depan huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nama saya bintang: berapa hb tu nak pergi???

    ReplyDelete
  3. ape update terbaru. hehe..

    ReplyDelete
  4. assalam bro klu ikut pngalaman bro ikut laluan broga ke kem agas.. ad sesapa prnah lalu trek lejen kuala mu sg sput x

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts